Makhluk planet ini....

Tuesday, February 28, 2012

Masa dia dah sampai..doakan aje oke...

Assalamualaikum...


kita tak akan tau bila ajal kita sampai kan..sedih ingat mati ni.."everybody know death is inevitably coming..but it never fail to catch anybody by surprise "...........





Kadang-kadang orang cakap Al-fatihah tuk sekian bin sekian..tp tak baca pon..sedih kan..tapi kita kena ingat...setiap Al-fatihah tu insyaAllah dapat bantu meringankan azab tu...so lepas ni..kalau lalu depan kubur sedekah la Al-fatihah oke..jgn kedekot sangat..tak habis air liur pon nak baca Al-fatihah tu...andai kata sampai masa kita nanti..orang lain pon akan sedekah kan Al-fatihah untuk kita...


Takut kan cakap pasal azab..ha..baru cakap pasal kubur..belom akhirat lagi...tanda-tanda kematian seseorang tu memang ada..cuma sama ada kita perasan atau tak..tu je persoalan dye..iyela..kalau kita bertakwa kepada Allah..insyaAllah..Allah akan bantu kita menghadapi maut..tapi kalau sebaliknya..kita paham-paham la kan..tak boleh nak cakap apa la..sebab semua kuasa Allah..kita perlu redha dengan ketentuan tu...dalam kesempatan ni aku nak share sikit tentang tanda2 masanya dah sampai..oke..



Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji

dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

lastly..semua yang baik tu datang dari Allah...yang salah dan silap tu datang dari kelemahan diri sendiri..

Al-fatihah untuk 
Mohd Hizarul Hazizi Maswari, adik kepada kawan aku hizarul..semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh..insyaAllah..untuk hizarul@kemong..takziahh.doa banyak2 oke.


p/s: fuhh..mmg agak menggigil tgn aku untuk buad post kali ni..naseb baek siang....menggigil sambil taip..mmg lenguh la tgn..ape ape pon..amik iktibar ye kengkawan..

Thursday, February 16, 2012

A short post before off to work !

 الأخ الأصغر وأختي


alah sodih ae..dah kena pergi keja...haha..tak sempat lak..mmg short la post ni kan..hehe..laen kali jela post baru..haha.gedik nye aku ni..nak jugak post...e'eh..memmey ur..lame dah tak post..tp ade berita sedih...ic hlang...ahad ade ujian komputer..cmne ni???

Wednesday, February 15, 2012

An email from aini II..NASIHAT !!

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah? 
 
 
 
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak.. 
 
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
 

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
 

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
 

Belum sempat pendakwah menjawab .. Handphone N95 missionary berbunyi ... Missonary menjawab panggilan telefonnya .. Pendakwah sabar menanti ... Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah .. Pendakwah tersenyum ..
 

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? 
 
Pendakwah : Erm . perlukah saya menjawab soalan awak ? 
 
Missionary : Awak tak ada jawapan ? 
 
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.
 

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ? 
 
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap "I love you mom" . 
 
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi. 
 
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak. 
 
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ? 
 
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ? 
 
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut... Pendakwah membelek-belek N95 tersebut .. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut  sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja . Lantas .. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ... bersepaiiiiiiiiii ... 
 
Merah padam muka Missionary menahan marah. 
 
Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum  .. 
 
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok taka da pun. Saya pecahkan handphone ni pun taka da emak awak dalam handphone. 
 
Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? 
 
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) .. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah.  Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. 
 
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu. 
 
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary .  Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru .. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse .. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya .. 
 



huhu..oke aku mmg agak tertarik dgn email ni..ade lg email dr aini..tak abis bace lg..nnt akan diupload dlm blog.haha..tp kena pilih jugak la..perlu ade penapisan..hehe..kasi letak itu filter lah..supaya takde org mengate lah..haha..oke enough merapu.ambik iktbar ye kawan..setiap persoalan insyaAllah ade jawapan nye..just keep your faith till the end of time....


p/s: sekarang ni tengah berusaha mencari halawatul iman..once u got it..uishhh..lovely ! doakan saya tetap iman..kuat iman...bertambah iman..thanks.

Tuesday, February 14, 2012

THE HUNGER GAMES !






I remember tears streaming down your faceWhen I said, I'll never let you goWhen all those shadows almost killed your lightI remember you said, Don't leave me here aloneBut all that's dead and gone and passed tonight...
Just close your eyesThe sun is going downYou'll be alrightNo one can hurt you nowCome morning lightYou and I'll be safe & sound...
Don't you dare look out your window darling;Everything's on fireThe war outside our door keeps raging onHold onto this lullabyEven when the music's gone, gone
Just close your eyesThe sun is going downYou'll be alrightNo one can hurt you nowCome morning lightYou and I'll be safe & sound...

Sunday, February 5, 2012

An email from aini..NASIHAT !!



 
PESANAN Imam Ghazali:
 
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
 ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
 LALU
 Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
 kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datangdengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar di
 dunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
 NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
 AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
 menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
 didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

thanks aini..nanti email aku bnyak lagi ae...

Saturday, February 4, 2012

satu hari 5 fakta part III.

Assalamualaikum...


lame doh kawe dok ngedit belog nih..haha..buzy ckit je..yg lebih tu lebih kepada maleh..walaupaun aku nie hakikatnye rajin..haha..fakta tu..aku rajin tau.
APEEEEE !!! FAKTA !!tak la..tipu je.


hah ! apalagi..kite sambung fakta aritu yer..moh2..part I...udoh dikeluorkan..part II pong udoh dikeluorkan..ni nak sambung part III...







11. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan .
uishh..jenoh nak ngire berape otot yang gerak kan...



12. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. 
itu matahari...kalau manusia..5 minit lagi pon belom tentu...sebab kalau dah ajal...tak leh buad pe..terima kenyataan okeyh ! qada & qadar..






13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter. 
ouhh ae !! hurmm...




14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.
oukey !!malam !! cepat la hang datang..





15. Hidung dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. 

Subhanallah ! ciptaan Allah...


Oke i'm out !